Author Topic: Alkisah Kentut  (Read 616 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Administrator

  • Administrator
  • Newbie
  • *****
  • Posts: 9
  • Karma: +0/-0
  • Gender: Male
  • Happy Ramadhan Al-Mubarak to all muslims fan.
    • Herbal Treatment Advisory
Alkisah Kentut
« on: August 08, 2014, 03:46:03 PM »

Proooottt..!!

Eh, siapa kentut itu? Mesti semua setuju jika saya kata, kentut itu salah satu nikmat hidup. Tapi kenapa kentut? Apa itu kentut? Apa kebaikannya?

Haha… len macam sikit entry saya kali nie.. manusia normal adalah manusia yang pernah kentut..anda percaya tak? Keh keh keh… :)

Kentut adalah proses pengeluaran gas yang dikeluarkan dari rektum. Pengeluaran gas ini dibawa ke rektum melalui proses peristalsis yang mnyebabkan najis turun dari usus besar. Bunyi kentut yang terhasil adalah disebabkan getaran  sfinkter dubur atau dalam bahasa mudahnya disebabkan punggung tertutup. Mereka yang kentut tidak mengeluarkan bunyi adalah disebabkan beberapa factor termasuklah kekuatan teras tidak menghasilkan tekanan, kekuatan otot punggung tidak kuat, melakukan seks anal dan sebagainya.

Gas yang dikeluarkan semasa kentut mempunyai bau yang agak kurang menyenangkan. Dalam kajian, baunya adalah mengikut pemakanan kita. Tetapi tahukah anda kandungan utamanya dalah gas nitrogen bersama dengan karbon dioksida. Bagi komponen gas yang kecil pula adalah gas metana dan hydrogen yang mudah terbakar….

Kengkawan korang boleh lakukan ujian dengan kentut dihadapan api.. adakah api tersebut bertambah marak atau atau terus padam? jawapannya kongsi dibahagian komen kengkawan ya.

Komponen utama bagi kentut adalah seperti berikut :

Nitrogen: 20-90%
Hidrogen: 0-50%
Karbon dioksida: 10-30%
Oksigen: 0-10%
Metana: 0-10%

Kentut adalah proses bantuan dalam membawa najis daripada usus besar ke rektum sebelum dikeluarkan. Tanpa kentut proses pengeluaran najis agak terbatas. kentut menunjukkan kekuatan otot teras. Bagi menghasilkan bunyi yang kuat, gas tersebut perlu dikeluarkan dengan halaju yang tinggi. Kekuatan meneran berasal daripada otot teras.

Kentut boleh jadi baik tetapi ianya juga boleh menjadi simptom untuk penyakit Sindrom Usus Rengsa (irritable bowel syndrome) atau penyakit organik yang lain.tetapi ingat kengkawan. Jika kentut anda berlarutan tanpa henti, segera dapatkan bantuan perubatan.

Erm teringat pula satu pepatah,

Orang Amerika kentut kata “Excuse Me”
Orang British kentut kata “Pardon Me”
Orang Malaysia kentut kata “Not Me, Not Me”

kentut buat sebahagian orang yang menghidunya adalah sesuatu yang menjengkelkan kerana keunikan baunya, tetapi bagi yang mengeluarkannya adalah merupakan satu kepuasan yang tidak terkira.

Euwwww..!! :) :)

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

Sihat Bersama TCM
ADMINISTRATOR
HERBAL TREATMENT ADVISORY
MALAYSIA.